7 hari lagi kembali lah semula gua (opsyen panggilan selain pengarang) ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu JB (kena tulis penuh jika tidak ramai yang menggaru kepala). Apa yang gua nak selit disini ialah bidang sains kesihatan yang gua ambil iaitu Deresa atau nama market-nya M.A. Ya Medical Assistant, gua mengaku di UiTM gua agak kelam jarang menulis blog, sering makan luar, gemuk xtentu hala ini kerana kehidupan di UiTM sangat memberi tekanan. Tutup buku UiTM, mendapat tawaran belajar paramedik ngan gomen memang tak dapat dilepaskan. tapi yang menjadi x kesedapannya ialah bidang yang disebutkan tadi. Sebab utamanya ianya tak sedap kerana abang sulung sudah menjadi deresa sebab ke-2 kawan2 mak ayah serta saudara mara yang cukup pandai mematahkan semangat gua yang kata darah mainan utama M.A, kita silap sikit patient saman dan lain-lain lagi cabulan ayat-ayat pedih ke telinga gua yang bercuping ini. Gua sikit pun x amik pot pasal ini kerana gua yakin dengan Allah S.W.T kerana dia yang menunjukkan jalan ni kat gua.. jadi gua reddho!
Kehidupan di kolej tidak payah lah diceritakan kerana ianya membazir masa. Kalau mahu juga tunggu gua buat buku mcm Mat Tiara (promot lagi). Buka pula cerita tentang perempuan~ , selain bolasepak, perempuan berada di tempat ke-2 rankingnya dalam perbualan kedai mamak antara member2. Kaitan rapat antara gua ngan perempuan mmg jauh. Jika tentang perempuan dibincangkan dengan serius gua selalunya orang yang paling miskin ilmu tentang wanita dan indikasinya. Gua takde awek itu bukan masalahnya, yang masalahnya bila awek x paham M.A tuh apa dan apabila diterangkan mereka kata gua ini bakal doktor...
justeru itu gua BANGGA....
p/s : aku jadi M.A pun nnt keluar diploma sahaja...berat sangat nk pikul bila orang kata kita bakal doktor lagi2 bila perempuan yang kata macam tu hurm~
2 ulasan:
yess ramai x tahu ape tu MA.. nway gud luck to you.. 2 sem lg kat block lps tu praktikal le.. time tu baru mencabar :)
thanks nurul ain saya x tahu pun ada orang baca blog saya ni..sekadar suka2 tulis..kah2..btw kenal ke??
Catat Ulasan