Jadi tanpa menunggu ketibaan krismas atau pun kejadian kiamat kaum mayan, serta merta pengarang menyiapkan diri mengenakan T-shirt Motorhead, seluar jeans lusuh yg baru diseterika dan rambut yg tidak disikat kerana kepala yg botak. Kunci EX5 yang disangkut elok disambar pantas oleh pengarang. Maka keluar lah pengarang dari residensi dengan niat untuk ke Shah Alam membeli buku. Tepat jam 2 terus menunggang kuda tua yang umurnya seabad iaitu EX5 lama berwarna hitam kepunyaan bapak pengarang.
Diatas lebuhraya persekutuan cuaca mula menampakkan kesedihan yang nyata. Mata awan yang putih mula bertukar sembam.. "aah memanglaa time aku nyanyi atas motor je mesti nk hujan!" menjerit pengarang diatas motor di tengah lebuhraya.. Dah hujan nak buat macamana perjalanan harus di teruskan kerana perjalanan seperti rasuah jika diambil rasuah x boleh nak stop da kalau stop akan diugut dgn pemberi rasuah..same kes mcm perjalanan kalau dah jalan x boleh nak patah balik kalau patah balik membazir duit minyak n masa..huish sungguh babi perumpamaan ini.
Berputarlah roda tayar EX5 pengarang diatas jalan raya lurus dan basah segala macam bangunan dilalui motor seabad itu dengan tenang dan kelajuan yang sederhana. Dia hanya memerhatikan lagak rakan2nya ada yang berlagak , berwarna merah jambu , berlumpur , laju dan tubuh seakan transformer tapi dia sikit pun x rasa down dia tetap teruskan perjalanan ke Shah Alam.Pada masa yang sama kerana hujan semakin lebat pengarang pun mula mencari flyover untuk diteduhi...tapi bukan di flyover itu pengakhirannya..bukan!!.. Cerita ini sepatututnya MENARIK!!! arhhhh!! Kita sambung~ jadi pengarang nak menarikkan cerita ini balik oleh itu pengarang meneruskan perjalanan kerana hujan sudah renyai sedikit..Kemudian tgok meter minyak hurm "E" weyh!! terus mencari stesyen yg menjual petroleum..dan ketemu lah pengarang dengan Petronas Subang Jaya..oleh yang demikian cerita ini bosan disini ia sperti cerita kebanyakan orang, sangat mendukacita, blog yang hebat tidak seharusnya entrinya panjang begini..orang tidak akan baca... sekian dibawah adalah buku yg pengarang bersusah payah cari "Mat Tiara" xtahu best macamana sangat asalamualaikum bai2 nak baca :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan