Kau orang kena dengar..kau orang kena tahu

Sabtu, 21 September 2013

Sedut ilmu melalui jasa-jasa penghuni alam semesta

Time aku 1st time sampai Johor nak jadi deresa sedikitpun aku x pernah mengeluh. Aku tahu benda ni Allah dah tentukan. Apa yang aku tipu penginterview tuh ikut hukumnya memang berdosa..aku harap para penginterview yang nampak seperti cendekiawan tuh tak ambik pot dan maafkan lah aku jika kencingan aku terlalu menjadi..jadi itulah sebabnya aku belajar jadi deresa ni.. dah semester ke-3 dah aku ni..aku buat2 macam tenang je..sebab deresa bukan dibezakan dengan seberapa banyak semester yang telah dilalui tetapi berapa versatil-nya cara kamu menyesuaikan diri dengan penghuni alam semesta..

                                               
 kumpulan yang setakat ini paling berjasa

Satu per Satu per dua per tiga manusia aku jumpa banyak yang hipokrit. yang tak hipokrit pun ada tapi jenis berlagak.Belum aku cerita lagi pasal tak semua awek nurse cun.Cun tapi hati tak ikhlas pun buat apa?kah3
aku memang nak list sorg2 nama member aku dari row ke 4 sampai ke second last..tapi nama mereka-mereka ni banyak nye nama desa yang elegan..takyah pergi jauh lah aku bagi contoh "Sukiman" memang nampak desa tapi cuba nick kan namanya menjadi "Suki" tidakkah elegan?seterusnya, 6 orang yang baju berbeza dengan kami..seorang daripadanya langsung tak pernah berniat nak mengajar M.A dengan erti kata lain lari dari berjasa.yang 5 lagi tuh semua berjasa besar..terima kasih diucapkan..


dari kiri: Aiman , Alias , xperia go , Man K-pop, Hanis , Penghulu , Aku
Rooftop HSA:tempat untuk bersantai dengan harmoni

Semesta 1:aku duduk dalam asrama macam perlarian somalia tapi nampak mewah..aku berkawan dengan orang-orang baru..mereka hipokrit dan bijak jadi watak lain.."sekejap je diorang ni sekejap je"(dalam hati aku cakap)..nak cite bab bilik,aku ok je,dapat ground floor,cukup bersyukur. tapi sebaliknya pula cerita di sem2.."kau tunggu kau tunggu"(pendam kejap dlm hati). Sem 1 ni aku belajar subjek yang mengada-ngada macam anatomi lah mikrobiologi lah laaaaahanat!!! penat,dan di hujung semesta aku akan pergi klinikal kat hosspital sultanah aminah Johor Bahru~aku rasa semacam gampang. Sebagai pelatih baru yang baru nak menghijau aku tak pernah nak amik port pun pasal kelas yang tempoh lecture dia macam ofis hour nih sebab duduk dalam asrama pun buat apa?.jadi aku pandang hal ini secara positif.cerita pasal klinikal di wad spital sultanah aminah aku terus jadi malas.sebab kerja kat wad bukan dalam bidang tugas bakal M.A seperti aku..jadi aku tak akan sembang pasal hal ni.



Bersama rakan sembang waktu free:Wafiy

Semesta 2:Result exam sem 1 aku agak cemerlang sedang2. jadi aku malas nak bangga.aku nak start cerita sem2 pasal pensyarah aku namanya baidi baidiri,nama jenis apa macam ni?tapi dia tenang,ada gaya,asal sabah,dan pengundi BN tapi yang gilanya dia minat karaoke. Ada sekali dia sembang dengan aku pasal karaoke boleh menyihatkan jantung justeru mengelakkan kita dari mendapat penyakit infarksi miokardial.aku terus take note. pernah jugak dia karaoke lagu Nassier Wahab - Sekali aku jatuh cinta. aku tengok muka dia sahaja dah aku dapat rasa aura suara lunak merdu..tapi sayang suara dia tak berapa nak pergi.masa korus ada sangkut jadi untuk lagu kedua aku dah tak bagi harapan dah kat dia.tutup sembang pasal En Baidi sebab ujung sem2 dia terpaksa berpindah balik sabah kerana kes lahad datu diserang tentera sulu.nampak macam takde kena mengena tapi yang sebenarnya bini dia polis lahad datu.hujung sem2 jugak aku ditempatkan untuk berkerja di unit emergensi dan trauma Hospital Daerah Pontian.



Nassier Wahab - Sekali aku jatuh cinta