Tahun 2009, mengundang malapeteka yang hebat kepada penghuni Beta. Wanita Besi berambut emas atau nama sebenarnya Widiana Wibowo Kelate telah berjaya mendapat kerusi dewan undangan negeri Bahasa Inggeris yang telah lama dikosongkan ( sepanjang cuti sekolah tahun lepas ) oleh penyandang sebelumnya iaitu Saripah Saripon Sarip Dol yang menarik diri akibat monopose awal dan tidak tahan dengan perangai suaminya yang gatal dengan Miss Syimale. Daripada sumber yang dipercayai, Miss Syimale telah memberi makan nasi kangkang kepada suami Saripah. ‘ Nasi Kangkang ’ itu dipercayai telah dijampi dengan lagu ‘teringus’ yang amat popular pada awal tahun 80-an dan lagu itu mara ke peringkat akhir AJL tapi sayangnya kecundang kepada lagu ‘ Isabelon ’ yang dinyanyikan oleh Suhaimi @ Amy together with Search.
Balik kepada cerita kita tadi, lagu Isabelon mengisahkan tentang belon berwarna kuning yang dihiasi dengan bunga kekwa hasil sentuhan Benjamin Bin Jamin pecah akibat dicucuk jarum yang tumpul dan berkarat. Setelah pecah, belon itu merantau ke seluruh dunia untuk mencari belon-belon yang serupa nasib dengannya tapi apakan daya, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga di atas badan babi, jadi hukum tupai itu haram. Hati-hati taw..
Akhir kalam, lagu Teringus menceritakan suami gatal yang disapu buah gatal di lehernya tidak dapat tidur malam disebabkan ketidak prihatinan isterinya yang berdengkur terlalu nyaring sehinggakan cermin sisi proton saga milik suaminya retak seribu. Si suaminya yang fed up terus bangkit daripada katil dan mengambil keputusan untuk tidur dalam bonet kereta proton saga miliknya yang berkeluasan kira-kira sebesar peti ais cap Toshiba. Keesokkan paginya, si isteri terkejut melihat suaminya yang mati mengeras dalam keadaan mengesot di dalam bonet kereta.
Punca kematiannya ialah penghawa dingin yang dibuka mencapai tahp infinity, tahap raja-raja melayu , tahap dewa-dewi dan tahap sekolah tadika kemas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan