Kau orang kena dengar..kau orang kena tahu

Khamis, 8 Januari 2015

Jumpa Matlamat - Part 1

1
Pagi tu aku duduk macam biasa..

         Lepas bangun tidur mestilah duduk sekejap termenung, kadang-kadang mengeliat macam bayi.Kemudian aku tengok Nik, dia masih tidur lagi dengan posisi tidur dimana tangan diatas dahi dan tangan satu lagi merayap ke dubur.Aku bangun capai tuala  nak mandi sambil tu mata melirik ke luar jendela tengok suasana Hospital Permai.aku duduk balik atas katil mendengus marah dalam hati, marah kat siapa pun aku tak tahu.
          Last-last aku pergi mandi,kat bilik air aku terserempak dengan kecik tengah sedap merokok dan sinki dijadikan ashtray.aku nak marah tapi aku fikir marah pagi-pagi ni rezeki susah masuk.orang tua-tua yang cakap aku percaya jelah.

“Bell, baru bangun ke?” kecik bertanya macam orang isap gam
“aah cik,kau pun baru bangun ke? tak nampak kat bilik semalam?’aku tanya tegas
“aku main dota bilik Gobi semaley,alaa besey lerrrr cuti”berseloroh kecik dalam loghat Gopeng

           Aku pun tak cakap banyak masuk tandas buang hadas.Aku sayang kat kecik ni sebenarnya, aku tak mahulah sebab dota dia hilang pertimbangan.Tapi aku tahu dia bukan calang-calang sebab dia main gitar pro nak meninggal.
Usai aku menyucikan diri,terserempak pula dengan yang Fakhri tengah syok gosok gigi. Aku terus ajak sembang.

“awai bangun Fak”aku bertanya gembira

             Fak ludah sisa ubat gigi ke sinki sebab nak balas soalan aku punya pasal

“aah nak pi Batu Pahat nak jumpa awek aku” jawab Fakhri macam tak sedia nak naik motor jauh-jauh jumpa makwe

“naik motor elok-elok” aku bagi nasihat

            Masuk bilik balik tengok Nik masih tidur.Alarm yang berbunyi haram tak dihirau, kalau alarm bunyi lagu losing my religion ke, creep ke ok lah jugak sedap lah dengar ini lagu Taufik Batisah - awak kat mana?.baran aku dengar ,sampai rasa nak terajang pintu almari yang dibiar terbuka supaya tertutup je.Tapi lama-lama aku ok.aku OK.
            Aku kembali baring di atas katil dengan hanya berkain tuala ,kemudian aku ON radio buka Sinar.fm . bila keluar lagu tak sedap macam lagu Anita Sarawak aku tukar frekuensi.Sambil-sambil tu aku kemas bilik,tengok dinding, dan baca whatsapp lama yg di hantar ke makwe2 yang dibiarkan last seen. Terus aku jadi down. Dah down aku buka twitter ucap selamat pagi kat semua orang macam orang peduli kat hidup aku.

             Kat twitter ni tak boleh into sangat .Ramai orang-orang dalam tu tahu tweet lapar je lain lah @EmyLokman tweet dia pelbagai. Paling imba tweet puisi jiwang dia yang buat aku rasa nak baling selipar Sachin yang saiznya sebesar negeri Perlis tu tepat kearah muka si Emylokman ni.

“KahKahKah” aku ketawa.

            Tengah-Tengah aku skrol timeline datang Roni kejut nik sebab nak pinjam gitar. Roni ni orang Terengganu yang kadang-kadang aku tak paham dia cakap.tapi lama-lama aku ok.aku OK.Dah dapat gitar sempat juga dia strum dua tiga lagu indon lepas tu dia balik bilik dia dan gitar diusung di atas bahu ala-ala Taja Meet Uncle Hussein.Sebelum balik,Roni terus menyentap perasaan aku.

 “kena bell Arsenal marin 2” sindir dia tanpa memikirkan pedih hati aku

           Aku tak mampu nak balas lebih cukup lah ingatkan Roni minggu depan team dia Liverpool jumpa Real Madrid.Roni terus menggelengkan kepala mungkin sudah tahu nasib pasukannya yang lemah itu bila berkunjung ke Santiago Bernabeu minggu depan.

“KahKahKah” aku ketawa dalam hati.

           Jam menunjukkan pukul 10.55am, Nik pun dah bangun dari pembaringan dengan selebetnya dia masuk bilik air

“satgi makan cempaka bil,ajak helmi semua” kata Nik sebelum masuk bilik air

“ok no hal” aku setuju tak banyak kerenah

Aku sambung skrol timeline dan FB sambil2 tu kunyah sugus perisa laici yg ada lebih semalam aku beli.

“TUK TAK TUK TAK !”


Aku terdengar bunyi tapak kaki yang biasa aku dengar hampir setiap hari. Kalau bunyi je tapak kaki macam nak runtuh asrama ni aku dapat tahu dah ni mesti EmyLokman punya langkah ni.bukan main berterabur langkah kaki dia nasib baik bunyi dia senada.