Kau orang kena dengar..kau orang kena tahu

Jumaat, 15 Februari 2013

Aku di dunia yang kau tidak boleh nampak

Aku nampak kau berbaju kurung hijau tapi kau x nampak aku, mungkin aku ada kat dunia cermin kamen rider ryuki..kau menoleh~ pergh!! kau menoleh langsung bukan kearah aku~ aku down lalu mengetap gigi~ sedar2 shj kau ade didepan aku namun masih didalam kaca bila ditenung lama kau x bergerak..rupanya kau hanya sekeping twitcon seorang perempuan cantik. Aku mengeluh panjang bermain lirik


"UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI" by ,Damasutra



dalam kepala otak aku time itu~~~~~~



Rabu, 13 Februari 2013

Tiada seri Kampung Pandan Tanpa Kehadiran-nya



~Terhibur-lah~

Kenapa kau feveret setiap tweet aku tentang coldplay ??

akhir2 nih eardrum, eustachian tube, pinna, cochlea dan semua anggota auditory system aku mmg gemar lagu2 coldplay nih...jadi  perlu laa utk aku #np kt twitter.. maka nk dijadikan cerita ada seorang awek mula memfeveretkan segala lagu coldplay yg aq #np tu..kesimpulannya



 ~HATI DIDALAM BAGAI NAK GILA~ byM.Daud Kilau

Terhempas di Kempas

: 29 Disember 2012 ,

:6 pagi,

Bunyi lah blackberry gua yang menandakan fardu Subuh, alunan lagu yang sgt rancak di setkan mnjadi alarm membebankan telinga ini sehingga jari jemari bertindak meraba butang "dismiss" di blackberry gua itu. Lantas bangun lah gua dgn sedaya upaya supaya fardu ini tidak tertinggal dan kopi pagi dapat dihirup nyaman tanpa meninggalkan sedikit pun serbuk kopi di dalam cawan.

:7 pagi,

Tenang di atas katil sambil memikirkan masa depan, tanpa gua sedari nafas gua dihela silih berganti dengan lancar menandakan gua masih hidup alhamdulillah! lalu mata di pejamkan agar mengantuk tidak berpanjangan.

:8.45 pagi

Lapar dan mahu mencari makan lebih tepat sarapan, nasib gua baik apabila blackberry berdering "mucha washo mucha washo"(Gil Raim punya ring tone dalam cter Secret Garden) rupanya pesanan ringkas drpd hafizatul katanya mahu bersarapan bersama. Lantas gua pun mengajak Bontot Hyung join sekali.


:9 pagi

Restoran mamak Begam menanti dengan penuh keriangan kehadiran kami. Senyuman dari bibir sembam yg bersatu dengan misai para mamak semua sangat meyakinkan kami untuk merasa keenakan menu sarapan yang disediakan. Nasi goreng ayam di order gua tanpa memikirkan tentang pengamalan piramid makanan. maka berbual lah gua ngan bontot sambil menunggu perempuan yg ajak tapi dia yang lewat. Perbualan kosong yg seperti biasa selit kisah semalam, Kpop yg nahjis , masa depan yang kabur dan kenapa perempuan yang ajak ni lambat.


:9.10 pagi

Hafizatul tiba namun dia pergi amik Achmat(perempuan) pula lepak bersama..sambung semula berbual kosong dgn bontot.


:9.45 pagi

Lambat, lambat dan lambat lagi, Gua memutuskan untuk undur diri sebab gua nak balik Kempas tiada masa menunggu hafizatul yg membawa achmat datang bersarapan sekali. Tinggallah bontot di Begam berseorangan. Duit nasi goreng ayam di genggam setia untuk diberikan kepada cashier RM6.50 campur air.

:10 pagi

Bersiram dengan jayanya,berkemas secara profesional agar tiada satu barang pun yg tertinggal,dalam pada itu mata melirik tajam pada timeline twitter supaya teman se-TL reply twit gua namun mcm biasa tiada maklumbalas. Rasa hampas di hati. Ayah dah get ready dengan teksi untuk menghantar gua ke Terminal Bersekutu Selatan. Terus hati rasa sayu apatah lagi emak di hospital menghadapi chemo terakhir. Gua balik ke Johor dengan tabah untuk berjuang menjadi Penolong Pegawai Perubatan juga menjadi hero kepada mak ayah gua.. -jangan nangis-

:11 pagi

Mula lah perjalanan panjang ke Kempas yg mengambil masa 3jam setengah. Lebuhraya Utara-Selatan yang lancar sepanjang perjalanan di tempuhi penuh pilu bila teringat ibukota tempat tinggal gua. Awek yg comel di seat sebelah tdak diendahkan sekejap. Kenangan cuti di Kuala Lumpur masih bermain di cerebellum ini. Lalu gua pun buka beg dan mula mengambil novel fiksyen "Erti Cinta" utk dibaca.

:11.05 pagi

 gua mula jeling jeling awek di seat sebelah kemudian lolipop di ambil dr saku dihulur tanda ingin berkenalan.awek di seat sebelah menolak dgn riak muka penuh keinginan akan lolipop itu. Gua merasa down

:2.00 pETANG

sampai sudah di Skudai, Sementara tunggu Pak Lang gua dtg menjemput earphone dicapai di dalam beg lagu
Scientist nyanyian coldplay diputar. Gua dengar syahdu

~HABIS~