1
Pagi tu
aku duduk macam biasa..
Lepas bangun tidur mestilah duduk
sekejap termenung, kadang-kadang mengeliat macam bayi.Kemudian aku tengok Nik,
dia masih tidur lagi dengan posisi tidur dimana tangan diatas dahi dan tangan
satu lagi merayap ke dubur.Aku bangun capai tuala nak mandi sambil tu mata melirik ke luar
jendela tengok suasana Hospital Permai.aku duduk balik atas katil mendengus
marah dalam hati, marah kat siapa pun aku tak tahu.
Last-last aku pergi mandi,kat bilik
air aku terserempak dengan kecik tengah sedap merokok dan sinki dijadikan
ashtray.aku nak marah tapi aku fikir marah pagi-pagi ni rezeki susah
masuk.orang tua-tua yang cakap aku percaya jelah.
“Bell,
baru bangun ke?” kecik bertanya macam orang isap gam
“aah
cik,kau pun baru bangun ke? tak nampak kat bilik semalam?’aku tanya tegas
“aku
main dota bilik Gobi semaley,alaa besey lerrrr cuti”berseloroh kecik dalam
loghat Gopeng
Aku pun tak cakap banyak masuk tandas buang hadas.Aku sayang kat kecik ni sebenarnya, aku tak mahulah sebab dota dia hilang pertimbangan.Tapi aku tahu dia bukan calang-calang sebab dia main gitar pro nak meninggal.
Usai aku
menyucikan diri,terserempak pula dengan yang Fakhri tengah syok gosok gigi. Aku
terus ajak sembang.
“awai
bangun Fak”aku bertanya gembira
Fak
ludah sisa ubat gigi ke sinki sebab nak balas soalan aku punya pasal
“aah nak
pi Batu Pahat nak jumpa awek aku” jawab Fakhri macam tak sedia nak naik motor
jauh-jauh jumpa makwe
“naik
motor elok-elok” aku bagi nasihat
Masuk bilik balik tengok Nik masih
tidur.Alarm yang berbunyi haram tak dihirau, kalau alarm bunyi lagu losing my
religion ke, creep ke ok lah jugak sedap lah dengar ini lagu Taufik Batisah -
awak kat mana?.baran aku dengar ,sampai rasa nak terajang pintu almari yang dibiar
terbuka supaya tertutup je.Tapi lama-lama aku ok.aku OK.
Aku kembali baring di atas katil dengan hanya berkain tuala ,kemudian aku ON radio buka Sinar.fm . bila keluar lagu tak sedap macam lagu Anita Sarawak aku tukar frekuensi.Sambil-sambil tu aku kemas bilik,tengok dinding, dan baca whatsapp lama yg di hantar ke makwe2 yang dibiarkan last seen. Terus aku jadi down. Dah down aku buka twitter ucap selamat pagi kat semua orang macam orang peduli kat hidup aku.
Aku kembali baring di atas katil dengan hanya berkain tuala ,kemudian aku ON radio buka Sinar.fm . bila keluar lagu tak sedap macam lagu Anita Sarawak aku tukar frekuensi.Sambil-sambil tu aku kemas bilik,tengok dinding, dan baca whatsapp lama yg di hantar ke makwe2 yang dibiarkan last seen. Terus aku jadi down. Dah down aku buka twitter ucap selamat pagi kat semua orang macam orang peduli kat hidup aku.
Kat twitter ni tak boleh into sangat .Ramai
orang-orang dalam tu tahu tweet lapar je lain lah @EmyLokman tweet dia pelbagai. Paling imba tweet puisi jiwang dia
yang buat aku rasa nak baling selipar Sachin yang saiznya sebesar negeri Perlis
tu tepat kearah muka si Emylokman ni.
“KahKahKah”
aku ketawa.
Tengah-Tengah aku skrol timeline
datang Roni kejut nik sebab nak pinjam gitar. Roni ni orang Terengganu yang
kadang-kadang aku tak paham dia cakap.tapi lama-lama aku ok.aku OK.Dah dapat
gitar sempat juga dia strum dua tiga lagu indon lepas tu dia balik bilik dia
dan gitar diusung di atas bahu ala-ala Taja Meet Uncle Hussein.Sebelum balik,Roni
terus menyentap perasaan aku.
“kena bell Arsenal marin 2” sindir dia tanpa
memikirkan pedih hati aku
Aku tak mampu nak balas lebih cukup
lah ingatkan Roni minggu depan team dia Liverpool jumpa Real Madrid.Roni terus
menggelengkan kepala mungkin sudah tahu nasib pasukannya yang lemah itu bila
berkunjung ke Santiago Bernabeu minggu depan.
“KahKahKah”
aku ketawa dalam hati.
Jam
menunjukkan pukul 10.55am, Nik pun dah bangun dari pembaringan dengan
selebetnya dia masuk bilik air
“satgi
makan cempaka bil,ajak helmi semua” kata Nik sebelum masuk bilik air
“ok no
hal” aku setuju tak banyak kerenah
Aku
sambung skrol timeline dan FB sambil2 tu kunyah sugus perisa laici yg ada lebih
semalam aku beli.
“TUK TAK
TUK TAK !”
Aku
terdengar bunyi tapak kaki yang biasa aku dengar hampir setiap hari. Kalau
bunyi je tapak kaki macam nak runtuh asrama ni aku dapat tahu dah ni mesti
EmyLokman punya langkah ni.bukan main berterabur langkah kaki dia nasib baik
bunyi dia senada.